NOTIS PRIVASI (BAHASA MELAYU)
-
Definisi
-
“Kami” bermaksud DRB-HICOM Berhad
dan/atau mana-mana syarikat, pertubuhan,
badan korporat, dan/atau entiti membentuk
mana-mana bahagian DRB-HICOM Berhad
termasuk ejen-ejen, pekerja-pekerja,
kontraktor-kontraktor, dan para subkontraktor kami;
-
“PDPA” bermaksud Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010 (Akta 709) dan mana-mana
dan/atau semua perundangan, peraturanperaturan, dan/atau perintah yang dibuat di
bawahnya dan yang mungkin ditambah dari
semasa ke semasa dan mana-mana garis
panduan dan/atau arahan yang dikeluarkan
oleh mana-mana pihak berkuasa yang
berkenaan;
-
“Data peribadi” mempunyai maksud yang
diberikan kepadanya di bawah PDPA;
-
“Pemprosesan” mempunyai maksud yang
diberikan kepadanya di bawah PDPA; dan
-
“Produk dan/atau perkhidmatan”
bermaksud mana-mana produk, barangan,
perkhidmatan, laman web, aplikasi dan/atau
kemudahan yang disediakan oleh pihak
kami.
-
Maklumat peribadi anda akan diproses oleh pihak
kami atau pihak yang bertindak bagi pihak kami.
Data peribadi yang dimaksudkan termasuklah
(tetapi tidak terhad kepada) nama anda, nombor
kad pengenalan, nombor pasport, bangsa, kaum,
tarikh lahir, umur, jantina, alamat, nombor telefon,
alamat e-mel, kepercayaan agama, rekod
perubatan, rekod jenayah, persatuan, kepercayaan
politik dan sebarang maklumat lain yang berkaitan
secara langsung atau tidak langsung kepada anda
atau yang boleh digunakan untuk mengenal pasti
anda.
-
Pihak kami akan memproses data peribadi anda
untuk tujuan-tujuan berikut:-
-
Untuk menyediakan anda dengan produk
dan/atau perkhidmatan dan apa-apa tujuan
lain yang berhubung dengan penyediaan
dan/atau penggunaan anda terhadap produk
dan/atau perkhidmatan tersebut;
-
Untuk mengekalkan rekod dalaman;
-
Untuk mengesahkan identiti anda;
-
Untuk menghubungi anda;
-
Untuk bertindak balas kepada pertanyaan
anda, jika ada;
-
Untuk membolehkan anda untuk memasuki
kontrak bersama pihak kami;
-
Untuk menjalankan penyelidikan dan
analisis;
-
Untuk menjalankan pemasaran dan promosi;
-
Untuk menjalankan audit, siasatan atau apaapa pertanyaan lain;
-
Untuk menjalankan apa-apa prosiding
undang-undang atau yang berhubungan
dengan apa-apa tindakan undang-undang;
-
Untuk mengelakkan apa-apa perbuatan yang
melanggar undang-undang;
-
Untuk menjalankan apa-apa tindakan yang
diperuntukkan oleh undang-undang atau
yang dikehendaki oleh pihak berkuasa; dan
-
Untuk mencapai apa-apa maksud lain yang,
pada anggaran kami, perlu dan/atau
munasabah dalam sesuatu keadaan itu.
-
Pihak kami boleh mengumpul data peribadi anda
daripada sumber-sumber berikut:-
-
Daripada anda;
-
Dari penggunaan produk dan/atau
perkhidmatan kami oleh anda;
-
Dari mana-mana komunikasi anda kepada
pihak kami;
-
Dari mana-mana sumber yang ada secara
terbuka; dan
-
Dari mana-mana pihak ketiga
-
Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada
data peribadi anda dan meminta sebarang
pembetulan untuk dibuat ke atas data peribadi
anda. Pihak kami berhak untuk menolak sebarang
permintaan untuk akses atau pembetulan kepada
data peribadi anda. Untuk menggunakan hak ini,
sila hubungi pihak kami dengan menggunakan
maklumat yang diberikan dalam dokumen ini. Sila
ambil perhatian bahawa penggunaan hak yang
tersebut di atas mungkin membawa kesan ke atas
peruntukan pihak kami terhadap produk dan/atau
perkhidmatan (kesan tersebut termasuklah pihak
kami tidak akan membekalkan produk dan/atau
perkhidmatan) kepada anda dan pihak kami tidak
akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian,
kerosakan, atau apa-apa liabiliti lain yang berlaku
secara langsung atau tidak langsung akibat
daripada kesan tersebut
-
Pihak kami boleh mendedahkan data peribadi anda
kepada pihak-pihak berikut:-
-
Pihak yang pendedahan maklumat tersebut
diperuntukkan kepadanya di bawah undangundang atau dikehendaki oleh pihak
berkuasa;
-
Syarikat yang mempunyai hubungan dengan
pihak kami;
-
Rakan-rakan perniagaan kami, ejen-ejen,
pekerja-pekerja, kontraktor-kontraktor, para
sub-kontraktor, pembekal-pembekal
perkhidmatan, dan pembekal-pembekal
produk;
-
Para juruaudit, para perunding, para
akauntan, para peguam, atau para
penasihat; dan
-
Mana-mana pihak yang kepadanya
pendedahan maklumat tersebut adalah,
dalam anggaran kami, perlu dan/atau
munasabah dalam sesuatu keadaan itu.
-
Anda mempunyai hak untuk menghadkan
pemprosesan pihak kami terhadap data peribadi
anda. Untuk menggunakan hak ini, sila hubungi
pihak kami dengan menggunakan maklumat yang
diberikan dalam dokumen ini. Sila ambil perhatian
bahawa penggunaan hak yang tersebut di atas
mungkin mempunyai kesan ke atas peruntukan
pihak kami terhadap produk dan/atau
perkhidmatan (kesan tersebut termasuklah pihak
kami tidak akan membekalkan produk dan/atau
perkhidmatan) kepada anda dan pihak kami tidak
akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian,
kerosakan, atau apa-apa liabiliti lain yang berlaku
secara langsung atau tidak langsung akibat
daripada kesan tersebut.
-
Anda wajib memberikan data peribadi anda kepada
pihak kami kerana data peribadi anda diperlukan
bagi membolehkan pihak kami menyediakan anda
dengan produk dan/atau perkhidmatan kami.
Sebarang kegagalan untuk menyediakan data
peribadi tersebut mungkin mempunyai kesan ke
atas peruntukan pihak kami terhadap produk
dan/atau perkhidmatan (kesan tersebut
termasuklah pihak kami tidak akan membekalkan
produk dan/atau perkhidmatan) kepada anda dan
pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas
apa-apa kerugian, kerosakan, atau apa-apa liabiliti
lain yang berlaku secara langsung atau tidak
langsung akibat daripada kesan tersebut.
-
Maklumat perhubungan:
We-Care Call Centre: 1800 888 398
Email: wecare@proton.com